My Photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Thank you for reading & stopping by (",)

Friday, February 17, 2012

Promote Tak Berbayar : Frocks & Fabrics

Kalau nak beli kain cantik-cantik, bolehlah ke FB page Frocks & Fabrics. Kain cottonnya mmg lembut & sejuk. Delivery pun boleh puji sebab cepat. Tq Frocks & Fabrics! (",)


Thursday, February 9, 2012

Friday, January 27, 2012

Promote Tak Berbayar : German Deli Imbiss

Sejak dah boleh berjinak-jinak makan red meat (portion terkawal), Cik Abg telah menawarkan saya ke restoran yg byk pilihan hidangan red meat sbb beliau telah mendengar rumours ttg burger Megaton yg famous (dalam kalangan rakan-rakan beliau) di German Deli Imbiss. Setelah membuat perbincangan rapi dgn saya (peraturan ketat sebab tak boleh makan red meat manyak-manyak), maka cita-cita Cik Abg akhirnya tercapai. Ok. Gambar di bawah adalah from website ye.




Sgt recommended pada yg suka red meat. Burger Megaton ternyata mmg 'heaven' kata Cik Abg. Tapi bagi yang tak sedia nak makan banyak atau yg mmg jenis makan sikit..silalah kongsi..burger ini sgt BESARRRR..
Map of location boleh check kat website =)

Book Voucher




Yummy! Dapat spent RM400 for books. Harap akan dpt lagi book vouchers becoming years eh..Alhamdulillah..TQ government for this good gift. Jgn sebab pilihanraya je dpt vouchers ni tau (",)

Thursday, January 26, 2012

As said, it was...

++ Assalamualaikum wbt ++


Walaupun saya suka bulan Januari tapi saya tak gembira sepenuhnya kali ini. Hati saya terluka. Saya sgt jarang bermasalah dgn sesiapa (yg saya sedar wujudnya masalah dan akan bermaafan) tapi saya tak menafikan sebagai manusia biasa, saya sgt lemah. Terkadang sikap saya, kata-kata saya, tindakan saya mungkin tidak berhikmah. Saya memohon ribuan ampun dan maaf jika saya tidak menyedarinya. Saya tidak sengaja. Ada masa juga salah faham dan anggapan memanjangkan kisah . Ada masa pula perkara itu gurauan pada kita tapi tidak pada orang lain (Kisah dgn AAR mungkin contoh terbaik). Lain bicara kita, jika didengar drpd org lain, mungkin juga jadinya berbeza. Ibarat terukir galau di hati ini. Masalah itu pelbagai, akan tetapi apabila sebuah persahabatan diganggu gugat itu lebih menyakitkan. Entah di mana silapnya. Termenung panjang...

Hati manusia biasa mmg mudah terluka bila putus cinta & kasih sayang, tapi hati di jalan Allah, iaitu dengan cinta pada Allah, maka semua sahabat itu seharusnya umpama permata dan kekasih hati kita... Sahabat antara puzzle yang melengkapkan kehidupan kita. Setiap sesuatu ada ujiannya. Tatkala hati terluka kerana sahabat, saya sering mengingatkan diri sendiri agar jangan dibiarkan syaitan membisikkan keretakan. Saya harus bijak mendidik emosi. Beri masa pada diri. Beri masa pada sahabatmu..bisik hati kecil saya..nampaknya saya gagal bertahan kali ini..Bagi saya, daripada berterusan melukakan dia dan saya, biarlah kami berundur ke belakang. Kembali kepada kosong.

Kita mungkin sesekali terluka. Bahkan mungkin berkali-kali. Terluka dalam ajakan dakwah, Terluka dalam meneruskan agenda tarbiyah, bahkan terluka dalam menjaga sebuah ukhwah. Ukhwah yang selama ini digambarkan ceria tiba-tiba beransur mendung, sepi seketika. Ini baru satu dua ujian buat kita semua pembawa agama. Dalam persahabatan bukan semuanya berita sedih dan duka. Saya akan pasti menyimpan segala budi dan kenangan indah bersama-sama sahabat semua. Segala yg duka, bagi saya sudah terpadam..yang ada hanyalah untuk dibuat pedoman.

Ketahuilah diri kita dan sahabat kita tidak sama. Ada ruang, kita perlu bersendiri. Ada ketika, individu lain dijadikan luahan hati. Tetapi, itu tidak bermakna kita membenci. Mungkin kita bercerita sekadar menjawab arus pertanyaan yg menyesakkan, ditongkah gagal, akhirnya kita bercerita jua..tetapi untuk saya mengaibkan sahabat dan insan..Insya Allah tidak sekali-kali. Saya sedar betapa hinanya saya dan saya tidak sempurna.

Lukanya hati saya pd saat ini kerana cinta saya pada sahabat saya adalah kerana Allah. Sama-sama ingin ke syurga sama-sama ingin menjauhi panasnya luka api neraka. Bagi diri saya dan dia yang terluka, rawatilah... Luka itu Insya Allah akan sembuh semula...Kepada Allah kita mengadu cerita. Moga ketenangan akan hadir buat diri saya, sahabat saya dan kalian yang membaca. Jangan pernah serik mengajak manusia pada kebaikan walaupun kita sendiri tidak sempurna. Apatah lagi dengan teman, sahabat dan keluarga kita semua. 

Saya 'pergi' bukan kerana benci. Tetapi saya tak mahu lebih lama lebih banyak menyakitkan diri saya dan dia. Saya ambil berat tentang dia. Di kala dia dirundung dugaan, saya berkunjung ke rumahnya bertanya khabar dan begitulah sebaliknya dia yg sentiasa bertanya khabar saya. Saya mahu bahagia milik sahabat semua. 

Aduhai Januari...bulan ini jadi saksi langkah yg saya pilih kali ini adalah dengan berat hati. Saya dan dia mungkin bahagia begini. Saya serahkan pada Ilahi. Saya tetap akan doakan kesejahteraan sahabat semua Insya Allah.


(Terima kasih Raudhatul Sofea - hada_islamic)

January will be over


++ Assalamualaikum wbt ++

January is a special month for me and Cik Abg. It's our birthday month. Tahun ni kami celebrate dgn family. Nak kata celebrate tu tak lah sgt. Cuma Ma & Abah dtg KL together with Ikhwan + family. So, ada la 'makan besar' secara sederhana dgn family tersayang. In laws beli kek and I ordered lasagna, home made by Naddy. It was truly  another busy weeks pada tarikh 9 Jan 2012 & 15 Jan 2012 tempohari. I was called on meeting and have to leave everybody at home. Rasa serba salah since family dtg melawat kita tapi kita sibuk urusan kerja. Amanah tetap amanah. Ditelan macamana pahit pun, cubalah commit dgnnya.



I love January not just because I was born on this month. I really think that numero uno has the thing with me so much. Bukan nak percaya tahyul atau apa, tapi suka dgn nombor 1 tapi saya bukanlah diktator yg asyik nak jadi nombor 1. Saya sgt reserved and alone (org Cina kata sebab lahir in Goat/Sheep Year). Walaupun, in numerology my number is 7..and my element is Earth..aik..cerita bab feng shui mcm bebetul percaya pulak ni..saja je ni..still the Chinese believes tu kengkadang nak lari ke mana..it's in the blood..Saya pun dpt  tahu element-element yg kengkononnya mcm  kajian personaliti diri (mcm yg Dato' Dr. Hj.  Fadzilah Kamsah buat kajian ikut bulan kelahiran tu) in Chinese ni semasa di JB sebab kawan. Tapi ni bukan horoskop ni..kalau horoskop yang ramal-ramal tu, kalau percaya hukumnya in Islam sehingga boleh menjejaskan akidah. 

Tahun ni byk dpt hadiah kain & baju kurung, sepasang kasut + coklat daripada Cik Abg, 2 buah buku from Kak G + Naddy, perfume dr Naddy juga and Ma hadiahkan bangle. Terima kasih atas ingatan semua and hadiah-hadiah tu akan saya jaga sebaik-baiknya Insya Allah. Hadiah ini tak bermakna tanpa doa dan kasih sayang kalian.Terima kasih atas ingatan & kasih sayang semua.

Sunday, January 1, 2012

About Research

++ Assalamualaikum wbt ++

Received an important call from one of my fellow co-researchers from the ministry. It was an upsetting moment when what we planned to do is not going to be ready as on schedule.  It seems that these people are not free to entertain us due to the new scheme announced recently. This is what happens when some research requires results/views from other people who can be considered experts. A bit disappointed. But still trying to find the bright side behind this difficulty. Researches without barriers or failures will lead to no new experience/findings/ideas/solution making. We considered this as the 'fun' side of the task. May the best be with us in this quest Insya Allah. Go go powerpuff girls katanya kakak teammates..btw, we're no chicken leg one..we try harder punye TERRR..hehehehe..