++ Assalamualaikum wbt ++
Sebagai anak perempuan tunggal yang dikelilingi tiga orang adik lelaki dalam keluarga + Abah, hubungan saya dan Mama sangat istimewa. Mama bukan sekadar ibu tetapi best friend saya. Mama sangat sabar membesarkan saya dan adik-adik dan menjadi teman bercerita tak kiralah apa pun topik ceritanya. Mama juga kawan bergaduh. Bila ada masa tak best yang muncul, biasalah orang perempuan, emosi asyik sangap..maka kami akan sama-sama sangap. Tapi the best part ialah Mama sangat cool dan selepas kami amuk-amuk kami akan say 'I Love You' and hug each other tightly. Kami tahu, kami bergaduh bukan kerana benci. Biasalah..kadang kala snap with the feeling bawak dr mana ntah tatau lah tu hehehe
Actually Abah pun best friend saya juga. Tapi sebab Abah lain jantina, ada jugak problem yang kadang-kadang skip bgtau Abah..even the fact that Abah is always ready to have me with any kind of talk. Smile to Abah hehe..Thanks to Mama & Abah for being the best friend I couldn't imagine. As the Chinese saying once said ~ Kawan-kawan boleh dipilih, Suami boleh dipilih, tetapi Keluarga bukanlah pilihan. Ia anugerah. So, be proud and live the fact that you are born in your family for reasons.
Pls don't get me wrong (",). It's what the Chinese proverb said. Suami pun anugerah. Tapi hubungan dgn suami boleh berakhir jika takde jodoh. You know what I'm saying..gaduh-gaduh cerai tu. Tapi dengan keluarga, boleh plak kita tak chemistry pastu kita nak cerai dan-dan masa tu? Takkkk kootttt...and to Cik Abg ~ you know what I mean..you know me well enough all these years kan..Luv u too..
Ok..the baju yang sgt special tu adalah baju kat bawah ni..errr..actually pernah terpost dah kot gambar ni kat blog;
It was a surprise from Ma. Baju ni Ma hantar tailored kat our beloved Allahyarhamah Aunt Hasnah (Al-Fatihah) sebab masa tu adik ipar saya Syafiqah pun buat baju sanding sendiri. Saya dah beritahu nak pakai baju from mak andam aje. Tapi dalam fikiran Ma - saya nak pakai atau tak baju yang dia dah tempah tu, tak penting tapi yang penting Ma dah buat baju utk majlis istimewa anak perempuan dia. Nilah yang dia bgtau saya. Masalahnya, baju yang surprise mcm ni..warna baju pengantin lelaki tak sama pula. Jadi, saya minta maaf pada Mama masa tu. Saya pun pakailah baju from mak andam.
Tapi, dalam hati rasa sedih. If possible mmg saya nak pakai je baju yang Ma tempah tu. Anak mana yang tak nak tgk mak dia gembirakan. Saya masih ingat saya ucapkan terima kasih pada Ma dan cium pipi dia. Dan saya janji saya akan pakai baju istimewa ni pada hari yang dia akan gembira juga iaitu hari istimewa saya yang lain (pandai je janji padahal masa depan bukan dpt nak tgk. Hari bahagia yg saya maksudkan tu pun bukanlah maknanya kawin lagi or apa2 hehe nauzubillah). Pada masa tu, terus je Ma kata - "Pakai masa Kakak graduate PhD nanti". Whatttttt....sgt terkedepannya Ma ni berkata-kata sbb masa tu mmg saya tak rancang nak blaja lg kot. Pastu saya pulak dlm tak fikir pjg terus je kata - "Ok Ma. I'll try my best". Maka, tersimpanlah baju istimewa from Ma dalam almari, menunggu hari bahagia tu kengkononnya tiba. Hamboih..
Alkisahnya, masa Ma + Abah gi Haji hari tu, tetiba saya teringat dan terfikir, what if kalau saya tak tertakdir tunaikan janji saya pada Ma. Mesti bila Ma tgk baju tu, Ma akan sedih dan saya pun akan rasa sedih sebab tak sempat tunaikan janji tu. Dgn bantuan Angah Anie & Hash (tq both of u), saya ambil keputusan nak bergambar dgn memakai baju pink yg Ma tempah tu. Sementara stok nafas masih ada hehehe..
Sebenarnya, apabila saya memakai saja baju yang Ma tempah tu ~ hari biasa saya terus menjadi hari bahagia saya. Itulah yang saya rasa pada saat tu. Apa pun, janji tetap janji, saya akan tetap memakai baju istimewa ini pada hari graduasi jika ada jodoh dan rezeki nak merasa graduasi lagi Insya Allah. Ma, tq for your love dan persahabatanmu. Kalau Ma tgk gambar kakak ni, kakak nak Ma tahu - kakak bersyukur pada Allah Taala sbb menganugerahkan ibu yang sebaik Ma, setabah Ma, sesabar Ma, seluhur Ma. Tak ada apa yang dpt menggantikan Ma. Dan kakak juga nak Ma tahu - bahawa ~ dlm setiap gambar-gambar di atas, kakak telah kidnap Mama punya set mutiara utk melaram dgn baju istimewa Ma. Ma tak marah kan? kan? kan? Hehe..luv u Ma. Peace & Muahhh..
Projek ini juga adalah hasil usahasama dgn Cik Abg tercinta. Peace y'all!!!





0 comments:
Post a Comment