My Photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Thank you for reading & stopping by (",)

Thursday, January 26, 2012

As said, it was...

++ Assalamualaikum wbt ++


Walaupun saya suka bulan Januari tapi saya tak gembira sepenuhnya kali ini. Hati saya terluka. Saya sgt jarang bermasalah dgn sesiapa (yg saya sedar wujudnya masalah dan akan bermaafan) tapi saya tak menafikan sebagai manusia biasa, saya sgt lemah. Terkadang sikap saya, kata-kata saya, tindakan saya mungkin tidak berhikmah. Saya memohon ribuan ampun dan maaf jika saya tidak menyedarinya. Saya tidak sengaja. Ada masa juga salah faham dan anggapan memanjangkan kisah . Ada masa pula perkara itu gurauan pada kita tapi tidak pada orang lain (Kisah dgn AAR mungkin contoh terbaik). Lain bicara kita, jika didengar drpd org lain, mungkin juga jadinya berbeza. Ibarat terukir galau di hati ini. Masalah itu pelbagai, akan tetapi apabila sebuah persahabatan diganggu gugat itu lebih menyakitkan. Entah di mana silapnya. Termenung panjang...

Hati manusia biasa mmg mudah terluka bila putus cinta & kasih sayang, tapi hati di jalan Allah, iaitu dengan cinta pada Allah, maka semua sahabat itu seharusnya umpama permata dan kekasih hati kita... Sahabat antara puzzle yang melengkapkan kehidupan kita. Setiap sesuatu ada ujiannya. Tatkala hati terluka kerana sahabat, saya sering mengingatkan diri sendiri agar jangan dibiarkan syaitan membisikkan keretakan. Saya harus bijak mendidik emosi. Beri masa pada diri. Beri masa pada sahabatmu..bisik hati kecil saya..nampaknya saya gagal bertahan kali ini..Bagi saya, daripada berterusan melukakan dia dan saya, biarlah kami berundur ke belakang. Kembali kepada kosong.

Kita mungkin sesekali terluka. Bahkan mungkin berkali-kali. Terluka dalam ajakan dakwah, Terluka dalam meneruskan agenda tarbiyah, bahkan terluka dalam menjaga sebuah ukhwah. Ukhwah yang selama ini digambarkan ceria tiba-tiba beransur mendung, sepi seketika. Ini baru satu dua ujian buat kita semua pembawa agama. Dalam persahabatan bukan semuanya berita sedih dan duka. Saya akan pasti menyimpan segala budi dan kenangan indah bersama-sama sahabat semua. Segala yg duka, bagi saya sudah terpadam..yang ada hanyalah untuk dibuat pedoman.

Ketahuilah diri kita dan sahabat kita tidak sama. Ada ruang, kita perlu bersendiri. Ada ketika, individu lain dijadikan luahan hati. Tetapi, itu tidak bermakna kita membenci. Mungkin kita bercerita sekadar menjawab arus pertanyaan yg menyesakkan, ditongkah gagal, akhirnya kita bercerita jua..tetapi untuk saya mengaibkan sahabat dan insan..Insya Allah tidak sekali-kali. Saya sedar betapa hinanya saya dan saya tidak sempurna.

Lukanya hati saya pd saat ini kerana cinta saya pada sahabat saya adalah kerana Allah. Sama-sama ingin ke syurga sama-sama ingin menjauhi panasnya luka api neraka. Bagi diri saya dan dia yang terluka, rawatilah... Luka itu Insya Allah akan sembuh semula...Kepada Allah kita mengadu cerita. Moga ketenangan akan hadir buat diri saya, sahabat saya dan kalian yang membaca. Jangan pernah serik mengajak manusia pada kebaikan walaupun kita sendiri tidak sempurna. Apatah lagi dengan teman, sahabat dan keluarga kita semua. 

Saya 'pergi' bukan kerana benci. Tetapi saya tak mahu lebih lama lebih banyak menyakitkan diri saya dan dia. Saya ambil berat tentang dia. Di kala dia dirundung dugaan, saya berkunjung ke rumahnya bertanya khabar dan begitulah sebaliknya dia yg sentiasa bertanya khabar saya. Saya mahu bahagia milik sahabat semua. 

Aduhai Januari...bulan ini jadi saksi langkah yg saya pilih kali ini adalah dengan berat hati. Saya dan dia mungkin bahagia begini. Saya serahkan pada Ilahi. Saya tetap akan doakan kesejahteraan sahabat semua Insya Allah.


(Terima kasih Raudhatul Sofea - hada_islamic)

0 comments: